Thursday, August 30, 2012

Cool Blog~Bubble Tea~Black Pearl, halal ke?


MasyaAllah, terliurnya tengok minuman Cool Blog, sedap, menjadi kegemaran untuk diminum, sangat cool!



Daripada apa yang dimaklumkan oleh En. Danial Koh Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Cool Blog, black pearl yang digunakan untuk dicampurkan bersama minuman adalah diiktiraf halal oleh JAKIM, black pearl ini diimport dari Taiwan dan juga telah diiktiraf kehalalannya dari sana. Bubble atau black pearl yang digunakan oleh Cool Blog dihasilkan dari gelatin yang bersumberkan tumbuhan iaitu tepung ubi atau tapioca flour.

Pada "black pearl"  ini terdapat gelatin di mana antaranya berfungsi sebagai emulsifier, thickener, dan untuk menggebukan  produk.



Terdapat 3 jenis klasifikasi GELATIN:

Gelatin jenis A : Daripada kulit khinzir (babi)

Gelatin jenis B: Daripada sumber bovine (lembu, kerbau, dll)- kena consider juga adakah penyembelihan    haiwan2  ini halal, mengikut syarak?

Gelatin jenis C: Daripada sumber tumbuhan

Info: Cool blog adalah satu-satunya syarikat minuman bersumber dari bubble tea yang memohon sijil halal dari pihak JAKIM

Kesimpulannya, minuman Cool Blog halal diminum (^_^)

Sumber: Rancangan Ejen Halal, TV Al-Hijrah

Tapi, disebabkan zaman sekarang banyak pembekal bukan dari gologan Islam,kita sebagai pengguna haruslah sentiasa berhati-hati dan bijak membuat keputusan dalam membeli produk-produk makanan.


" Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya "

[Surah Al Baqarah, ayat 172]


5 comments:

Syazwan Che Deraman said...

baguslah ada pendedahan macam ni.

ambe ni suka beno cool blog!

fatayat eshmaal said...

ambe pun,suka sangat2 ^^

依之汉 said...

Oh, sekarang baru saya sedar. Maka, untuk kebaikan, elakkan sama sekali guna bubble dalam minuman. Namun, jika ia telah diiktirafkan oleh Jakim, saya yakin. =)

Daripad sumber tumbuhan... Hmmm. Nampaknya potensi pokok lekir memang ada di Malaysia.

fatayat eshmaal said...

yup! saya pun x suka sgt letak bubble,mengganggu nk minum,tersumbat je straw,kadang2 ja

E'in said...

oreo coklat blog.. pehh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...