Monday, February 23, 2015

Sayonara Duhai Memori

21.02.2015

Bagi aku, ini hari yang sama macam minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas, 2 tahun lepas, 4 tahun lepas, yang beza, cuma TARIKH.

Aku rasa kosong, aku perlukan hibernasi dan inspirasi.
__________________________________________________________________________________

Perjalanan aku pulang ke utara kali ini disertai Din, Haslina dan Akmal.
Sebelum memulakan perjalanan, kami bertisu-tisu dengan sahabat2 HAMRA
Tepat jam 11.45 am kami bertolak menaiki kereta, tanda-tanda kami akan melalui hari yang panjang sejak awal lagi ditunjukkan sewaktu kami terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas di Ayer Keroh, ini dimeriahkan lagi sewaktu kami tiba di lebuhraya Seremban.

Setelah melalui Rawang, dalam beberapa minit, penghawa dingin bertukar mengeluarkan haba yang panas.
Bahagian depan kereta kami mula berasap, kami ditakdirkan menaiki kereta Din hanya sehingga di Tanjung Malim. Selepas itu bermulalah episod-episod pengembaraan kami yang sebenar ke bumi jelapang padi.


Kami bersyukur ditemukan dengan seorang mekanik yang akhirnya membantu kami untuk menarik kereta ke bengkel berdekatan, dalam jarak 1 kilometer dari plaza tol Tg. Malim. Sebelum itu kami menunaikan solat Qasar dan Jamak di tol tersebut.

Pada mulanya, kes pam air yang perlu diganti hanya perlu mengambil masa 2 jam untuk dibaiki.
Setelah menjalani post-mortem, motokar kesayangan Din, perlu penjagaan yang lebih intensif. Selepas 5 jam bertapa di bengkel kereta. Tauke yang obses dengan CoC di bengkel tersebut memutuskan bahawa kereta perlukan masa 3 hari untuk sembuh. Kami membuat keputusan perlu mencari jalan untuk melepaskan diri dari pekan yang gersang itu. Hanya bagasi-bagasi yang penting di angkut bersama.



Kami menumpang motokar Honda pekerja bengkel tersebut dan menuju ke Stesen Keretapi Tanah Melayu Tanjung Malim. Kami menempah tiket KTM arah KL-Hatyai. Tren kami akan tiba jam 11.47  pm. Ruang masa 4 jam dihabiskan di stesen yang sunyi itu. Malam yang sunyi bagi aku walaupun dikejutkan dengan desiran bunga-bunga api disebabkan waktu itu masih berlangsung perayaan Tahun Baru Cina. Malam yang syahdu dan suram sambil melayari jalan-jalan sunyi beratapkan langit hitam bercahayakan bintang-bintang comel di angkasa sewaktu menuju ke sebuah gerai kecil di seberang jalan untuk mencari beberapa suap nutrien-nutrien untuk dihadam.

 


Ketibaan tren kami ditunda ke jam 12 am. Sebaik memasuki tren, kami terduduk bersandar lega di kerusi kusyen lembut. Setelah beberapa minit, suhu sekeliling makin dingin menusuk ke tulang belulang kami. Kesejukan yang melampau menyebabkan kami kaku dan kebas selama berjam-jam di dalam tren. Sekitar jam 5.30 am, tren tiba di perhentian Butterworth, Haslina telah selamat tiba. Kami bertiga meneruskan lagi saat-saat di dalam tren.

Perut mula berbunyi setelah hari barganti ke 22 Februari. Akibat kebosanan dan kesejukan kami mencari jalan untuk ke kafeteria tren. Kafeteria berada di bahagian kutub utara tren. Ramai penumpang yang terlena dibuai mimpi walaupun berada di dalam posisi ergonomik yang kurang selesa. Burger yang hanya berisi roti kosong dan daging serta milo panas berasap menjadi pengisi ruang usus kami. Solat subuh di atas tren satu pengalaman yang menarik sebagai seorang musafir.

Sinaran matahari kian menyinar di balik-balik tingkap tren. Satu kelegaan syukur ke hadrat Ilahi saujana mata memandang bumi jelapang padi. Sekitar jam 8.00 am, kini tiba masa aku dan Din untuk mengundurkan diri pulang ke sarang masing-masing di Alor Setar. Perasaan gembira bercampur sedih untuk meninggalkan pengembaraan yang penuh suka dan duka ini. Akhir sekali, Akmal menjadi orang terakhir antara kami berempat untuk turun tren,oleh sebab Akmal tinggal di Perlis.


Pengalaman ini mengajar kami berempat supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat Ilahi, syukur diberi nikmat  iman, akal dan kesihatan yang baik. Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya :)

-Sayonara Duhai Memori-






Sunday, September 7, 2014

Kenapa saya berhenti melukis potret.




Minat melukis potret hadir ever since saya masih kecil lagi, bila lapang ja mesti lukis, ntahla...sebab rasa tenang ja bila melukis, rasa hilang masalah, rasa macam berada di dunia sendiri..uhhuu!Sewaktu di tingkatan 2, kawan saya pernah mencabar saya untuk melukis wajah potret Johnny Depp, orang cakap hebatnya, puji macam2. Bidang melukis hadir sejak zaman kanak2, seingat saya sewaktu darjah 2, cikgu sekolah membawa saya ke karnival seni, dan di booth sekolah kami, saya diminta untuk menunjuk demo melukis kepada pengunjung2 yang singgah, apa lagi, bukan main seronok la lukis :) Suatu ketika ada juga berangan2 nak jadi pelukis potret profesional dulu2. 

TAPI

Saya pernah dengar ada orang cakap "nanti gambar yang kita lukis tu akan minta nyawa dari kita" , namun akibat ikut kan nafsu dan keseronokan melukis potret, saya buat tak endah saja. Main lukis ja tanpa teliti betul2 hukumnya, akhirnya saya bersyukur Allah gerakkan hati untuk saya meneliti hukum yang sebenar, Allah gerakkan hati saya untuk bertanya kepada orang-orang yang alim tentang ilmu agama (harap Allah ampunkan sikap dan kesilapan saya selama ini) Astaqfirullah...

"Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya diakhirat ialah para pelukis"- Riwayat Muslim

Ibnu Abbas berkata Rasulullah pernah bersabda "Setiap pelukis didalam neraka pada setiap gambar yang dilukisnya diberi nyawa. Gambar tersebut menyiksanya di dalam neraka. Maka jika kamu hendak melukis, lukislah gambar pokok dan apa yang tidak memiliki ruh"

Dalam hadith lain Rasulullah bersabda, sesiapa yang melukis gambar maka Allah akan mengazabkannya dengan gambar tersebut pada hari kiamat sampai dia meniupkan ruh padanya, padahal dia tidak dapat meniupkan ruh itu -Hadith Riwayat Al-Bukhari

Pendapat Para Fuqaha Mazhab:

  • Imam Hanafi, Imam Syafie dan Imam Hambali-tidak membenarkan sama sekali seseorang individu melukis gambar objek-objek yang hidup dari manusia dan binatang
  • Mazhab Maliki-Makhruh hukumnya


Jadi mesejnya di sini, lukislah perkara-perkara yang tidak dilarang Allah contohnya pokok, benda2 abstrak dan lain-lain. 

Seseorang pernah berpesan kepada saya:

"Aliaa...jalan ke syurga itu sebenarnya dipenuhi dengan perkara-perkara yang kita tidak sukai, sebaliknya jalan ke neraka sangat banyak dan dipenuhi dengan perkara-perkara yang melalaikan dan menggembirakan kita..."

Harap orang yang tak tahu sebelum ni tahu dan sama-sama kita beringat dan berusaha menyelusuri jalan ke syurga Allah yang agung. In shaa Allah :) Jangan menangkan nafsu!


Boleh juga merujuk tentang pelbagai lagi dalil tentang hukum melukis di blog ini .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...